Aku, Dia & Segalanya

Baru-baru ini, saya terfikir mengenai tanggung jawab seorang suami kepada keluarganya…dirasakan begitu berat untuk ditanggung oleh seorang suami…lelaki yang bakal bergelar suami hendaklah menginsafi bahawa kewajipan dan tanggung-jawab sedang menantinya…Membina keluarga bererti bertambahnya tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak….

Dari Ibnu Umar dikatakan bahawa Nabi saw. bersabda: “… dan seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya, dan dia bertanggung jawab …” (HR Bukhari dan Muslim)

Jadi, kepada bakal suami dan suami2 diluar sana, bacalah beberapa tanggungjawab penting suami di dalam rumahtangga

  1. Suami sebagai pemimpin keluarga adalah berkewajipan untuk mengawal, membimbing, menyelaraskan keharmonian, berusaha mencari keperluan hidup berkeluarga serta berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.
  2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Tugas mendidik anak isterinya dengan hukum-hukum agama juga terletak di atas bahunya. Jika tidak berkemampuan, dia wajib menanggung biayanya. Adalah bertuah bagi suami yang memiliki isteri yang menjaga tertib-tertib agama. Dengan itu  beban dan kewajipanmengajar agama kepada isterinya sedikit terlaksana. Isteri yang beragama itu, pasti dapat bekerjasama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.
  3. Pentadbiran suami di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas), berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah S.W.T. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan nunahtangga adalah penting. Sunnah Rasulullah s.a.w. perlulah menjadi kamus pentadbiran.
  4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.
  5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Kita dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah WAJIB!

Pasti ramai jejaka2 di luar sana yang menghadapi masalah lebih kurang, jika tidak sama dengan saya dalam menjadi romantik terhadap pasangan masing2…romantik dalam ertikata lain menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 adalah:

  1. Memberikan suasana (gambaran dsb) spt yg terdapat dlm cerita roman (per­cintaan dll)
  2. Memperlihatkan suasana yg penuh kasih sayang, keindahan, kemesraan, dsb spt dlm alam percintaan

So, disini ade beberapa 10 tips yang dirasakan boleh digunakan dalam usehe kite kaum Adam untuk menjadi lebih romantik…renung2kan dan selamat beramal…

  1. Kalau pasangan anda terpaksa outstation, tunjukkan keprihatinan anda. Sediakan pengawal peribadi khas iaitu seekor teddy bear untuk menjaganya sepanjang ketiadaan anda.
  2. Kirimkan jambangan bunga terus ke pejabat pasangan anda. Sebagai suatu surprise, pasti ianya akan menjadi memori indah disamping komen2 and kata2 pujian oleh rakan sekerjanya.
  3. Apa kata sekali sekala tukar panggilan manja anda dan pasangan. Daripada honey kepada sayang, sayang kepada anje, anje kepada mummy, mummy kepada dinda dsb…Jangan terkejut panggilan adek pon boleh membuatkan pasangan anda merasa begitu special!
  4. Payungkan si dia apabila hari hujan. Jangan lupa menyuruh pasangan rapat pada anda supaya bajunya tidak basah. Lebih baik lagi jika anda memegang payung sambil si dia memeluk pinggang anda ketika berjalan – AWAS! HANYA TERPAKAI UTK ORG YG BERKAHWIN AJE!
  5. Jangan gunakan intonasi suara yang tinggi ketika berbicara dengan pasangan. Sebaliknya lembutkan tutur kata anda meskipun ketika berada dalam keadaan marah. Anda pon mesti tak suke jika ditengking bukan?
  6. Jadi teman yang paling prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pasangan anda. Dengar segala keluhan dan rintihan pasangan anda. Tapi jangan lupa, rancang kejutan untuk kembali mengembirakannya.
  7. Jika pasangan melakukan kesilapan, beri teguran secara lembut dan berhikmah. Belakangkan ego anda, sebaliknya tegurlah dengan harapan ia menjadi tauladan kepada diri si dia.
  8. Jadilah peminat setia pasangan anda. Setiap individu memiliki kelebihan berbeza begitu juga anda dan pasangan. Ucaplah bahawa anda amat mengagumi si dia untuk setiap pencapaian yang dimilikinya.
  9. Coklat boleh memberikan ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara. Jadi, hadiahkan kepadanya sebagai tanda anda memohon maaf. Paling romantik jika coklat tersebut anda suapkan ke mulutnya sebagai tanda anda begitu mencintainya dan tidak boleh hidup tanpanya di sisi.
  10. Amalkan membaca “Yaa Waduud” sebanyak 1000 kaliyang bermaksud ALLAH yang MAHA MENCINTAI.

Semoga dengan segala keberkatan dari tips2 ini, maka akan bertambahlah kasih sayang sesama kita.

Label: ,

Benarkah cemburu tanda sayang? ade benarnya dalam beberapa keadaan dan adakalanya tidak dalam kebanyakan keadaan…

tak dapat tidak, adalah lumrah manusia memiliki perasaan cemburu…dalam kisah percintaan setiap insan, pasti ramai yang berpendapat bahawa kaum hawa memiliki perasaan cemburu yg lebih berbanding lelaki…namun, pada pendapat kami, soal cemburu ini adalah subjektif…sifat ini dimiliki oleh semua umat manusia tidak kira gender…cemburu yang mendatangkan kebaikan adalah bagus dalam memupuk hubungan cinta yang lebih mendalam berbanding cemburu buta…terserah pada diri masing2 utk mengarahkan perasaan cemburu itu sebenarnya…kita yang memilihnya…

Cemburu Yang Positif!

  • dapat memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih baik.
  • dapat muhasabah diri dalam mengenal pasti dimana silap kita
  • dapat memberikan satu perspektif baru dalam suatu perhubungan
  • memberikan motivasi kepada diri kita

Cemburu Yang Negatif!

  • cemburu yang mencipta jurang antara pihak
  • memberi tekanan apabila melihat sesuatu tidak seperti yang kita kehendaki
  • mengeruhkan lagi keadaan semasa
  • mewujudkan rasa ketidakpercayaan antara pihak

Salam,

This is our first post…It was not long after we decided to owned our own blog…at first, we wanted meloveyou.wordpress.com to be our url but sadly it was taken by somebody…but then, we managed to own mecintayou.wordpress.com…Alhamdulillah….

ok lah…we’ll write later k…see yaaa…

Today is

Rantop

rantop.com